Wednesday, June 1, 2011

(FAQ) : Cloth Pad

Bawah ni serba sedikit FAQ's tentang Cloth Pads secara generalnya :

1. Cloth Pads x kotor ke utk dipakai balik?
Tidak, cloth pads x kotor sama sekali jika kita basuh and bersihkan dgn cara yg betul. Cara penjagaan dan basuh amatlah mudah dan tidak seperti yg disangkakan. Even pd zaman dulu2 pun pakai kain batik/perca je basuh ulang kali and pakai semula.

2. Darah 'period' kan kotor, mcmana nak basuh bagi bersih?
Secara saintifiknya, darah haid kita bebas daripada kuman sebaik sahaja keluar dari badan. Darah haid sebenarnya lebih kurang sama bersih seperti darah yg keluar sekiranya terluka.
Cara basuhan & tips yg paling berkesan:
- Jgn biarkan pad kering dgn darah sehingga lebih 5 jam. Sbb bile kering darah akan melekat dan jd kesan degil pd pad.

- Tukarkan cloth pad sekerap kite tukar dis.pad, ikut pd aliran haid masing2, tp secara general kebykan wanita akan tukar setiap 2-4 jam pd hari yg heavy dan sederhana.
- Bila tukar, buangkan kesan2 ketulan darah dan darah yg byk pd permukaan pad dgn air lalu, sental permukaan pad ke pad(jgn berus) dgn tangan, sambil sental, perah dan keluarkan darah yg byk dr dlm pad keluar(ulang 2-3 kali), kemudian rendamkan pad dgn air sabun/ dgn garam jika diperlukan utk kesan degil selama 4-5 jam(atau lebih, jika rendam lama sila tukar air bersih setiap 10-12 jam). Darah berlebihan dlm pad akan keluar sumenye. Selesai rendam, lalukan air pd pad sambil perah berulang kali sambil biar air lalu sehingga air yg keluar dr pad jernih(tu tanda pad mmg dh bersih dr darah)

note: pastikan basuh dgn air biase, bukan air panas(air panas memerangkap kesan degil)

3. Kalau bersih, kenapa berbau?
Haa, tu lah salah faham kaum wanita sume. Sbenarnya darah haid x berbau sama sekali, bau darah haid hanya bau darah, bukannya busuk. Bau yg busuk yg slalu kite bau tu adalah kesan dr campuran darah dgn chemical dalam disposable pad yg digunakan tu. Sbb tu jgn terkejut bile pkai cloth pads, xkan ade bau busuk yg keluar.

4. Biase pakai disposable pad ade daya serapan yg kuat bg terasa kering, klu pakai cloth pads x rase basah ke?
Tidak, pad sebenarnya terasa kering apabila dipakai. Cloth pad biasanya direka khas untuk pengeringan pantas dan penyerapan yg kuat(ikut jenis material yg digunakan). Material yg terbaik utk cloth pads ialah 100% cotton flannel, cotton flannel bukanla seperti cotton biase, cara kaitan(woven) nye lain dr cotton biase, sifatnya lebih berpenguadaraan yg baik dan lebih cpt kering dr biase.

5. Cloth pad x bocor ke?
Sekiranya kite pakai pad dgn betul, ia x akan bocor. Cloth Pad direka dengan lapisan kalis air yg mempunyai pengudaraan baik yg terletak di bahagian bawah pad utk mengelakkan kebocoran. Walaupun pad sangat menyerap, ia boleh bocor sekiranya kita tidak menukarkan pad cukup kerap, terutamanya pada hari yang heavy(biasenye 3-4 hari pertama). Sama jugak mcm disposable pad pun akan bocor klu pakai x tukar2.

No comments:

Post a Comment